Pages

Monday, June 11, 2012

Tomato Ceri

anak benih tomato ceri yang di semai kat dapur rumah...

Strawberi

Anak  benih strawberi ni di tanam dari biji strawberi... ingatkan dah tak tumbuh... dekat sebulan lebih semai abru tumbuh... tu pun 2 pohon jer....
harap2 pokok strawberi ni hidup dengan subur. moga dapat merasa buahnye nanti...

Tuesday, June 5, 2012

Pauh Epal

Buah pauh epal ni merupakan tanaman ayah kat kg... tiap2 tahun berbuah dengan lebatnye.
Pauh epal ni sedap dimakan begitu saja bila dah masak atau pun blend buat jus pauh campur dengan air batu...peh tak cukup segelas....
tengok saja isi dia dh meleleh air liur..... masih ade lagi dalam peti sejuk kat umah... hehehe

Musim Laici dah start


on the way balik kg minggu lepas terpandang gerai jual buah laici kt tepi jalan... ape lagi, cepat2 berenti and beli 2 kilo... baru je duk terpikir pasal buah laici ni and baca pasal buah laici yang musim dia adalah dari mei sampai julai klu tak silap...

Laksa Kuah Manis

Wah masa balik umah mak minggu lepas, buka peti sejuk ade laksa ni... ape lagi makan la... dah lama tak makan laksa manis ni... 10 tahun lebih dh kot tak makan laksa manis ni.

Monday, June 4, 2012

Orkid Rimau kepunyaan Ayah

Orkid rimau / orkid tebu / orkid gajah / orkid gergasi merupakan orkid terbesar di dunia.

Betik Mak Mertua


Betik ni merupakan betik pemberian Mak Mertua aku masa balik kg 2 minggu lepas. Rasa nya manis... sedap di makan begitu saja.... aku simpan biji dia nk wak benih....


Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.
Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.

buah naga

Buah Naga ni merupakan salah 1 dari pokok buah-buahan yang ade dekat umah ayah aku. Ni merupakan gambar buah naga dari pokok yang ayah aku tanam.


Isi buah naga ni sedap klu di makan begitu saja atau di buat jus buah naga... bagi yang gemar, jus buah naga boleh di campur dengan susu..


Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesehatan manusia diantaranya sebagai penyeimbang kadar gula darah, pelindung kesehatan mulut, pencegah kanker usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengobati keluhan keputihan.

Buah naga biasanya dikonsumsi dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, karena buah naga mengandung kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis karena mengandung kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga juga dapat disajikan dalam bentuk jus, sari buah, manisan maupu selai atau beragam bentuk penyajian sesuai selera anda.

Secara umum,pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Menurut AL Leong dari Johncola Pitaya Food R&D, organisasi yang meneliti buah naga merah , buah kaktus madu itu cukup kaya dengan berbagai zat vitamin dan mineral yang sangat membantu meningkatkan daya tahan dan bermanfaat bagi metabolisme dalam tubuh manusia.

“Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan menetralkan toksik dalam darah.“Penelitian juga menunjukkan buah ini bisa mencegah kanker usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung; serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet); karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit), kalsium (menguatkan tulang).
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :
Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 28, 2012

jambu golok / jambu terreh / gajus


masa balik kg last weekend... buah jambu golok kat kg dah masak. tapi kebanyakan buah dah tak elok sebab hari selalu hujan di waktu petang kebelakangan nie... ape pun sempat makan sebiji buat lepas gian.. masa kecik-kecik dulu... selalu makan sambil main petang2.. kumpul biji terreh, bila dh banyak bleh bakar dan isi nyer sedap sgt. klu tgk kt market, harganya agak mahal.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 27, 2012

Minyak Kepala Pandan Wangi Dara


Minyak kelapa dara yang di perbuat dari kelapa pandan wangi.
Tiada bahan campuran. 100% minyak kelapa dara.
Diproses dan dibotolkan sendiri.

Harga : RM 25.00 sebotol (120 ml). Cash On Delivery (COD) only

Lokasi :
Lot 2623, Lorong Pandan 1
Kampung Pandang Jaya, Rhu Sepuluh
22120 Setiu, Terengganu.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut sila hubungi:
Ramli bin Salleh : 019-9771865

(Limited Stock)

Tiada bahan campuran. 100% minyak kelapa dara.ASLI !!
Apa itu minyak kelapa dara??
Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa organik yang sudah matang tanpa menggunakan kekuatan haba, tanpa sebarang bahan kimia atau apa juga bahan sebagai agen pelarut, sehingga segala komponen, struktur dan khasiatnya tidak berubah daripada apa yang terdapat didalam setiap biji kelapa yang sudah matang. Manakala kaedah prosesnya mungkin berbagai mengikut kesesuaian.

Khasiat minyak kelapa dara !
  • Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga
  • Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.
  •  Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. 
  • Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap
  • Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang. 
  • Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
  • Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
  •  Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung. 
  •  Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit. 
  •  Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.

1 - Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi 

2 - Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya. 

3 - Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas. 

4 - Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung. 

5 - Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. 

6 - Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet. 

7 - Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima. 

8 - Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine. 

9 - Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen. 

10- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Santan Segar


Santan segar, bukan santan kotak, bukan santan beku.
Tidak dicampur air. 100% santan segar.
Hanya di proses setelah menerima tempahan.
Sila buat tempahan awal bagi mengelak dari menunggu.

Harga : call for price (COD only)

Lokasi :
Lot 2623, Lorong Pandan 1
Kampung Pandan Jaya, Rhu Sepuluh
22120 Setiu Terengganu

Telepon :
Cik Shamsiah binti Abu Bakar (a.k.a Zaiton)
019-9013140

(On Stock)